There was an error in this gadget

Sunday, October 16, 2016

49. ZAMAN DAN ZALIM

Zaman dan zalim merupakan dua makna yang berbeza tetapi kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat yakni sentiasa berlaku kezaliman pada setiap zaman. Al Quran banyak menceritakan kisah mengenai kezaliman yang berlaku sesama manusia tetapi akhirnya penzalim itu menerrima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Terdapat pelbagai definisi berkaitan dengan zalim dan dalam kitab-kitab Islam, definisi zalim ini terlalu banyak. Ada sebilangan mendefinisikannya sebagai:

a) meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

b) tidak memberikan hak kepada yang berhak.

Aspek zalim adalah meliputi mereka yang difitnah, dianiayai, ditipu, dikhianati, dibohongi, diracun, disihir, dicedera, dibunuh, dinafikan hak dan dihina.  

Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah swt dan sesungguh janjiNya tidak pernah dimungkiri. 

Banyak yang kita dengari kisah  tentang akibat kezaliman misalnya orang yang mencuri akhirnya dia juga kehilangan sesuatu, orang yang menindas akhirnya dia pula ditindas, suka menipu akhirnya dia ditipu, mengkhianati akhirnya dia dikhianati, menghilangkan hak akhirnya dia hilang hak, menjatuhkan akhirnya dia terjatuh, memporak peranda akhirnya dia menjadi porak peranda dan begitulah seterusnya kehidupan para penzalim tidak boleh tenang kecuali mereka bertaubat dan memohon maaf dengan Allah dan juga orang yang mereka zalimi.

No comments:

Post a Comment