There was an error in this gadget

Sunday, October 16, 2016

47. MASIH BOLEH BERGEMBIRA

Setiap orang mengidamkan untuk berjaya dalam apa jua lapangan kehidupan yang diceburi. Biasanya kejayaan seseorang itu diukur melalui peningkatan atau kenaikan. Misalnya peningkatan dalam markah bagi pelajar dan kenaikan pangkat bagi pekerja. Setiap kali berlaku kenaikan bermakna berlaku satu kejayaan dan ia akan memberi kegembiraan.

Akan tetapi adakalanya ketika turun juga boleh menjadi seseorang itu gembira. Contohnya ketika anda menaiki kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Sebaik sahaja kapalterbang itu naik ke udara perasaan anda menjadi seronok atau gembira.

Setelah berada di udara selama dua setengah jam tiba-tiba anda sekali lagi menjadi seronok apabila ketua paramugari membuat pengumuman bahawa sebentar lagi kita akan mendarat atau turun ke lapangan terbang.

Ini bermakna untuk menjadikan diri anda seronok atau gembira tidak semestinya semasa naik sahaja tetapi juga ketika anda turun. Michael Jordan berkata:

"I've missed more than 9000 shots in my career. I've lost almost 300 games. 26 times, I've been trusted to take the game winning shot and missed. I've failed over and over and over again in my life. And that is why I succeed."

No comments:

Post a Comment