There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

45. PEKERJA IBARAT KELUARGA

Jika ditakdirkan anda menjadi ketua dalam sesebuah organisasi sama ada besar atau kecil anda pasti mempunyai sebilangan pekerja bawahan tak kira ramai atau sedikit. Pekerja itu akan bekerja dengan sebaik mungkin untuk membantu anda bagi mencapai matlamat organisasi. Masing-masing akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang terbaik sebagaimana yang anda kehendaki.

Persoalan yang sering timbul ialah anda kerapkali tidak berpuas hati dengan baberapa pekerja kerana pada pandangan anda mereka itu tidak membantu anda untuk mencapai matlamat organisasi. Apakah ukuran yang anda gunakan dalam menilai staf anda dalam menentukan mereka itu merupakan pekerja yang bertanggungjawab atau sebaliknya. Menilai pekerja yang bertanggungjawab atau tidak, bukanlah perkara yang mudah kerana ia banyak melibatkan persepsi dan prasangka. Kadangkala oleh kerana anda sudah mempunyai yang persepsi yang negatif terhadap anak buah menyebabkan apa yang mereka buat semuanya tak kena. Begitu juga jika anda mempunyai persepsi yang baik terhadap mereka maka semua perkara yang mereka lakukan merupakan tindakan yang baik. Di sini anda perlu melihat dan menilai semula adakah persepsi anda itu betul atau salah.

Sebelum anda menilai semula persepsi, anda hendaklah merubah minda anda terhadap pekerja dengan menganggap mereka adalah keluarga anda. Rasulullah bersabda, "Siapa yang tidak mengasihi manusia, Allah tidak mengasihinya," (HR: Thabrani).

Cuba lihat bagaimanakah anda bertindak terhadap keluarga anda yang melakukan kesilapan. Biasanya anda akan memberi nasihat dan motivasi kepada mereka agar tidak melakukan kesilapan lagi. Anda tentu akan bersabar dengan sikap mereka dengan terus memberi nasihat, bimbingan dan teguran. Anda hanya akan melakukan sesuatu yang agresif setelah berkali-kali nasihat anda tidak diendahkan. Ertinya sebelum anda mengambil tindakan yang terakhir ke atas staf seperti menamatkan perkhidmatannya anda harus melalui beberapa proses yang rasional sebagaimana anda bertindak ke atas keluarga anda sendiri.

No comments:

Post a Comment