There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

41. HANTU DAN MENGHANTUI

Hantu - manusia jadi kontroversi kerana hantu. Mana tidak, ada yang percaya hantu tu memang wujud dan mempunyai bermacam jenis serta ikut rupa bangsa pula seperti hantu Melayu, hantu Cina atau Mat Salleh. Setengahnya pula tak percaya wujudnya hantu dan mereka percaya bahawa yang ada bukannya hantu tetapi jin dan syaitan.

Menghantui - ini tidak menjadi kontroversi kerana ia memang berlaku atau boleh berlaku. Tapi apa makna menghantui. Menurut kamus DBP, menghantui bermaksud menyebabkan atau me­nimbulkan rasa tidak tenteram atau gelisah; mengganggu; mengusik. Contoh ayat seperti: Dia cuba menghilangkan perasaan takut yang menghantui fikirannya.

Pernahkah anda terserempak dengan hantu. Pastinya tidak. Akan tetapi pernahkah anda dihantui. Tentunya pernah. Biasanya sesuatu yang menghantui fikiran anda berpunca daripada tindakan anda sendiri terutamanya yang melibatkan kekesalan atau rasa bersalah. Misalnya anda memukul anak anda dengan kuat yang tidak sepadan dengan kesalahannya sehingga ia cedera dan jatuh sakit. Akibat kekesalan atau rasa bersalah yang begitu mendalam atas tindakan tersebut anda selalu dihantui. Oleh itu anda hendaklah bertindak dengan bijaksana sebelum membuat sesuatu tindakan bagi mengelak diri anda dihantui.

No comments:

Post a Comment