There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

40. JIKA KITA BERADA DI TEMPAT MEREKA

Sebelum anda membuat sesuatu yang boleh memalukan seseorang seperti memarahinya di depan orang ramai, menyingkirkannya daripada pasukan, menurunkan pangkat atau kedudukan, anda seharusnya memikirkan terlebih dahulu bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda berada di tempatnya. 

Tentu sekali anda tidak sanggup dan tidak boleh menerimanya kerana tindakan itu boleh memalu, menyakiti, menghiris dan menyiksakan diri anda. Di samping itu anda sukar hendak berdepan dengan pelbagai pihak dan orang ramai. Jadi sekiranya anda tidak dapat menerimanya maka orang lain pun samalah seperti anda yang mempunyai hati dan perasaan yang sama seperti anda. 

Oleh itu sebelum anda membuat sesuatu eloklah berfikir terlebih dahulu jika anda berada di tempatnya.

No comments:

Post a Comment