There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

39. KENALI SIKAP ANDA

Sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini pasti memiliki sikap positif dan negatif. Anda tentu sedar bahawa tidak ada siapa pun yang sempurna kecuali Allah swt. Antara sifat positif seperti sabar, tabah, rajin, komited, suka membantu, banyak membaca, amanah, jujur, ikhlas, bijaksana, dermawan, berbudi bahasa, merendah diri, mesra, integriti dan sebagainya. Contoh sikap yang negatif ialah malas, banyak alasan, tidak menepati janji, bermuka-muka, berpura-pura, tidak ikhlas, emosional, dendam, riak, suka mengumpat, tidak berterus terang, sombong, tidak amanah, penting diri sendiri, makan kawan, kurang membaca, tidak telus, tidak sabar, terburu-buru, zalim, menindas dan lain-lain. 

Sudahkah anda mengenali sikap positif dan negatif yang anda miliki. Jika belum, elok anda mencari dan mengenalinya. Jika sudah, anda hendaklah mengekal dan mempertingkatkan sifat-sifat positif yang anda miliki. Manakala bagi sifat-sifat negatif, and perlu bertindak segera agar tidak terlambat iaitu dengan mengambil langkah mengurangkan perlahan-lahan dan seterusnya menghilangkan terus sifat-sifat negatif tersebut. Kegagalan anda mengurang dan menghapuskan sikap negatif boleh merugikan diri anda sendiri kerana ia tidak disukai dan dibenci oleh masyarakat dan Tuhan. 

Oleh itu anda hendaklah sentiasa bersikap positif agar hidup anda menjadi lebih tenang dan tenteram.

No comments:

Post a Comment