There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

38. USAHA DAN DOA

Usaha dan doa diibaratkan seperti aur dengan tebing. Setiap usaha yang anda lakukan hendaklah diiringi dengan doa. Maksudnya kedua-duanya tidak boleh dipisahkan kerana jika dipisahkan juga maka pincanglah ia. 

Apabila anda berdoa bererti anda sedar bahawa setiap hasil yang anda perolehi merupakan ehsan dan keizinan daripada Allah semata-mata. Jika sekiranya anda mendapat hasil yang sedikit atau lebih setelah anda berusaha bersungguh-sungguh anda tetap menerimanya dengan penuh kesyukuran dan redha. 

Pernah saya terbaca daripada seorang penulis Indonesia yang memberi contoh tentang seorang ulamak berkata bahawa seandainya semua manusia dan jin berpakat untuk mencederakan anda tetapi jika Allah swt tidak mengizinkannya maka anda pasti tidak cedera walau sedikit pun. 

Oleh itu anda hendaklah sentiasa berdoa dalam semua usaha yang anda lakukan agar setiap hasil yang diperolehi membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada diri anda.

No comments:

Post a Comment