There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

37. JASA DIKENANG

Anda dikenang kerana jasa baik anda. Selagi anda masih bernafas buatlah jasa baik sebanyak yang mungkin. Jangan tunggu lama-lama untuk berjasa kerana jika hari ini anda sihat tetapi esok atau lusa anda belum pasti akan sihat. 

Masyarakat mengenang anda kerana jasa anda. Lagi banyak anda berjasa lagi banyak anda dikenang. Sama ada jasa baik atau tidak, semuanya akan dikenang. 

Jadikan amalan membuat jasa baik sebagai amalan kehidupan seharian anda walaupun sekecil mana pun jasa itu. Membantu ibu menjemur kain juga merupakan tindakan yang berjasa. Anda dikenang tidak semestinya setelah anda meninggal dunia tetapi jika anda berpindah atau bersara juga jasa anda akan dikenang. Misalnya katakan anda berpindah dari rumah ibu bapa anda ke rumah baru kerana anda telah mendirikan rumah tangga. Anda pasti dikenang sepanjang tempoh anda berada bersama ibu bapa anda berdasarkan jasa yang telah anda lakukan. 

Oleh itu anda hendaklah sentiasa membuat jasa yang baik supaya anda dikenang sebagai orang yang baik.

No comments:

Post a Comment