There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

36. ERTI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN

Apa yang anda faham dengan kejayaan. Mungkin anda berpendapat kejayaan itu dalam bentuk sijil, wang, harta benda, pangkat dan kuasa semata-mata. Sebenarnya kejayaan adalah lebih daripada itu.

Kejayaan bermaksud dapat mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Setiap orang yang dapat mencapai matlamat pasti akan gembira. Dengan kata lain gembira akan muncul setelah matlamat tercapai. Kegembiraan akan membawa kebahagiaan. Kebahagiaan merupakan matlamat utama setiap individu. Oleh kerana kegembiraan dan kebahagiaan mempunyai hubungkait dengan matlamat maka anda hendaklah fokuskan kepada matlamat.

Anda harus memperbanyakkan matlamat termasuk jangka pendek dan jangka panjang dan pastikan semuanya mampu dicapai. Anda boleh klasifikasikan matlamat dalam bentuk kuantiti seperti jumlah fizikal, minit, jam, harian, mingguan, bulanan atau tahunan. Katakan hari ini anda tetapkan lima matlamat untuk dicapai seperti anda ingin kemaskan dapur dalam masa 2 jam, membaca buku sebanyak dua topik, joging selama 30 minit, solat asar berjemaah di masjid dan makan malam bersama keluarga di restoran KFC.

Jika anda dapat mencapai kelima-lima matlamat itu bererti anda dapat bergembira dan pastinya anda bahagia. Oleh itu anda hendaklah sentiasa memperbanyakkan matlamat yang mampu anda capai agar anda berbahagia selalu.

No comments:

Post a Comment