There was an error in this gadget

Saturday, October 15, 2016

34. HILANGKAN SIFAT DENDAM

Dendam merupakan salah satu sifat yang negatif dan adalah suatu perkara yang normal jika anda juga seorang pendendam. Akan tetapi jika anda ingin menjadi seorang yang baik, dihormati dan beriman maka anda hendaklah membuangnya daripada diri anda. 

Orang yang pendendam bukan sahaja tidak disenangi oleh orang lain seperti kawan-kawan, keluarga, jiran, pekerja, majikan bahkan diri anda sendiri terasa tidak puas hati dengan anda. Antaranya seperti terasa tertekan, serba salah dan tidak tenteram. Misalnya katakan pada suatu ketika anda dan kawan anda dicalonkan untuk menjadi ketua darjah. Setelah pemilihan dibuat kawan anda yang terpilih bukannya anda. 

Andaikan satu hari tanpa diduga kawan anda itu bekerja di sebuah organisasi yang sama dengan anda dan sebagai pekerja bawahan anda. Dalam eksesais kenaikan pangkat, anda tidak menaikkan pangkat kawan anda kerana masih berdendam. Pada masa yang sama ramai yang tahu anda masih berdendam padanya. Akibat tindakan anda itu menyebabkan anda tidak disenangi oleh banyak pihak dan anda sendiri menjadi tidak tenteram kerana bersifat demikian. 

Cuba anda bayangkan jika anda tidak berdendam, sudah pasti anda akan dipandang mulia oleh orang lain termasuklah diri anda. 

Oleh itu anda hendaklah sentiasa bersikap tidak berdendam supaya anda tidak dipandang negatif.

No comments:

Post a Comment