There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

33. MENDIDIK ANAK


Hendak mendidik anak tiada jalan cepat dan mudah. Kalau kita bernasib baik, semua anak kita ok tetapi tidak semuanya macam tu. Ada yang ok dan tak ok. 

Anak itu darah daging kita. Ok atau tak ok ke, mereka tetap anak kita. Kita amat sayang mereka semua. Kita patut bersyukur kerana kita ok. Bila kita ok kita bolehlah didik anak yang tak ok. Kita jangan biar atau lari daripada tanggungjawab untuk mendidik mereka menjadi ok.

Tidak ada anak yang perangainya semua ok. Lebih yang ini, kurang pula yang itu. Tanggungjawab kita mendidik yang kurang. Ada banyak perkara dan cara untuk mendidik anak yang tidak ok seperti sabar, tidak berputus asa, gigih, tabah dan sebagainya.

Walau pun ada pelbagai cara tetapi saya cuma nak sentuh aspek teladan atau kita turut melakukan bersama-samanya. Contohnya kita ingin melihat anak kita bersolat berjemaah di surau atau masjid terutamanya solat Subuh. Kita kena buat dulu sehingga lama kelamaan anak-anak pun perasan tindakan kita itu. Bila mereka telah perasan dan tahu, kita bolehlah ajak mereka slow-slow, jangan paksa.

Mungkin mereka tidak ikut kita berjemaah kerana kita baru saja bersuara. Kita jangan khuatir, teruskan berjemaah Walau pun sudah beberapa tahun dan bertahun pulalah kita mengajak mereka berjemaah tanpa putus asa.

Hasil usaha kita yang berterusan dan siifat kita yang tidak berputus asa, akan memberi kesedaran kepada mereka dan satu masa mereka tiba-tiba akan berubah dan turut ikut kita berjemaah termasuklah solat Subuh. Bila mereka telah ikut kita, janganlah pula kita berhenti dan mereka pula yang berterusan.

No comments:

Post a Comment