There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

32. KEJUJURAN DIUTAMAKAN

Jujur merupakan sifat yang terpuji dan sebaliknya menjadi keji apabila kita tidak berlaku jujur. Sama ada kita bertindak jujur atau tidak agak susah untuk dikesan oleh orang lain. Diri kita sendiri lebih mengetahui tentang apa yang kita lakukan daripada pihak lain. Perbuatan tidak jujur adalah satu dosa kerana melibatkan juga penipuan atau berbohong sehingga boleh menyusah dan merugikan orang lain. 

Orang yang sering terlibat dengan aspek kejujuran adalah peniaga. Ada juga peniaga yang menjual barang-barang mereka dengan mencampurkan yang lama dengan yang baru menyebabkan pembeli tidak sedar adanya percampuran itu. Contohnya barang-barang seperti ikan, buah-buahan, beras, sayur, makanan dan lain-lain. 

Mereka yang tidak jujur biasanya senang dalam jangka pendek sahaja kerana dalam jangka panjang kita pasti akan mendapat kerugian atau kesusahan dalam kehidupan. Biarlah kita dapat untung yang sedikit kerana berbuat jujur daripada mendapat keuntungan yang tinggi kerana ketidakjujuran. Sedikit itu berkat lebih bahagia daripada banyak tetapi hidup kita tidak berkat dan sentiasa susah.

No comments:

Post a Comment