There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

31. TEKNIK MEMBACA BUKU



Sebijak mana pun anda seperti memiliki ijazah, master atau phD tetapi anda kurang atau berhenti membaca buku maka akhirnya anda menjadi orang yang tidak bijak. Samalah jika anda bandingkan diri anda dengan sebilah pisau yang tajam jika tidak diasah akhirnya tumpullah ia. Pisau  yang tumpul jika diguna untuk menyembelih binatang pasti akan menyiksakannya sebelum ia mati. 

Begitu juga jika anda tidak begitu bijak tetapi jika setiap masa anda banyak membaca buku, lama kelamaan anda menjadi lebih bijak. Untuk menjadikan diri anda sebagai orang yang suka membaca tidaklah begitu sukar. Apa yang anda harus lakukan ialah dengan cara mengamalkan membaca buku sekurang-kurangnya lima muka surat setiap hari. 

Jika anda membaca 10 hari bererti anda sudah membaca 50 muka surat. Jika setahun anda membaca bererti 5 muka surat kali 365 hari tentunya anda akan membaca sebanyak 1825 muka surat. Seandainya setiap buku mempunyai 150 muka surat bererti anda sudah membaca kira-kira 12 buah buku dalam masa setahun. Bayangkan betapa banyaknya pengetahuan anda berbanding dengan orang yang tidak langsung membaca buku dalam tempoh yang sama iaitu sudah pasti ia tidak mempunyai pengetahuan yang sama seperti yang anda miliki. 

Dalam mana-mana organisasi atau masyarakat, orang yang mempunyai pengrtahuan yang banyak dikira lebih bernilai atau dihargai berbanding dengan orang yang kurang berpengetahuan. 

Oleh itu anda hendaklah membaca buku sekurang-kurangya lima muka surat sehari agar ilmu dan amal anda bertambah.

No comments:

Post a Comment