There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

30. PENTINGNYA BERSABAR

Salah satu sifat terpuji yang perlu anda miliki dan amalkan dalam kehidupan ialah sabar. Sabar sangat banyak diberi penekanan dalam al-Quran. Menurut Imam Ghazali bahawa Allah menyebut perkataan sabar melebihi 70 kali. Manakala beberapa cendikiawan Islam yang lain pula menyatakan lebih daripada 90 kali. Ini bermakna betapa pentingnya anda bersabar biarpun ketika anda dalam kesusahan atau kesenangan. Allah memberi jaminan untuk bersama-sama dengan orang-orang yang sabar seperti Firman-Nya:

'Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesunnguhnya Allah beserta orang-orang yang bersabar'

Sabar itu perlu diamalkan bukan sahaja semasa anda ditimpa kesusahan tetapi juga ketika anda senang misalnya walaupun anda mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi anda tetap menjalani kehidupan yang sederhana dan sentiasa menjauhi kemewahan atau pembaziran.

Justeru itu, anda hendaklah sentiasa bersabar agar hidup anda mendapat keberkatan dan kerahmatan.

No comments:

Post a Comment