There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

28. TETAP MENDAPAT BALASAN

Setiap perkara yang anda lakukan pasti akan dibalas oleh Allah tanpa mengira sekecil atau sebesar mana sekali pun sama ada ianya perbuatan yang baik atau jahat. Jika anda membuat baik anda akan menerima ganjaran yang baik yang berlipat ganda. Jika anda berbuat jahat maka anda tidak akan dapat lari daripada bencana yang akan menjengok anda. 

Allah swt berfirman dalam surah Al- Zalzalah, ayat 7-8 yang bermaksud:

'Barangsiapa yang mengerjakan amalan-amalan baik sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya. Dan sesiapa yang berbuat jahat sekalipun sebesar zarah dia pasti akan melihatnya dan menerima balasannya.'



Oleh itu anda hendaklah sentiasa membuat perkara yang baik kerana pasti anda akan mendapat balasan yang baik.

No comments:

Post a Comment