There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

29. APABILA KITA MATI

Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti anda pasti akan mati. Sudah pasti anda pernah kerana jika tidak, anda bukanlah seorang yang normal. Tahukah anda apakah yang akan anda bawakan bersama anda untuk ke alam yang baru. Jawabnya cuma kain kapan yang berwarna putih yang disiram dengan air kapur barus sahaja. 

Mana perginya lagi yang lain seperti rumah, harta benda, kekayaan, pangkat dan kedudukan. Jawabnya anda terpaksalah tinggalkan semuanya itu kerana anda sudah terbujur kaku. Jadi apakah masih ada sesuatu yang boleh anda  bawakan bersama untuk kegunaan di akhirat kelak. Jawabnya ada iaitu segala amalan anda semasa anda masih hidup. 

Ertinya jika anda banyak melakukan amalan baik maka kesenangan atau syurgalah menanti anda tetapi jika lebih banyak anda melakukan keburukan bermakna penyiksaan atau nerakalah yang sedang menunggu anda. 

Oleh itu anda hendaklah sentiasa membuat perkara  yang baik supaya anda dapat membawa bekalan dan amalan yang baik bersama anda di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment