There was an error in this gadget

Thursday, October 13, 2016

21. AMBILLAH CUTI REHAT

Kadangkala anda lupa untuk berehat kerana anda bekerja terus menerus untuk menjalankan tugas. Sememangnya anda digalakkan untuk bekerja kuat supaya sebarang kerja dan usaha yang anda laksanakan dapat tercapai dengan sepenuhnya. Akan tetapi anda harus memberi peluang kepada diri anda untuk berehat kerana anda bukan mesin atau robot untuk bekerja tanpa henti bahkan mesin juga perlu waktu untuk berehat bagi mengelakkan daripada berlaku kepanasan atau kerosakan. 

Berehat itu sangat penting kepada diri anda. Ambillah cuti dan berehatlah sama ada di dalam atau luar negara. Mungkin selepas bercuti rehat anda akan menjadi lebih bertenaga dan dapat mempertingkatkan lagi prestasi kerja atau usaha anda.

No comments:

Post a Comment