There was an error in this gadget

Saturday, September 24, 2016

12. JIKA ANDA KECEWA

Adalah suatu perkara yang normal bahawa anda akan kecewa jika anda gagal dalam mendapatkan sesuatu walaupun ianya sedikit atau banyak; kecil atau besar; rendah atau tinggi; kurang bernilai atau sangat bernilai; dan kurang berharga atau sangat berharga. 

Adalah kurang normal jika anda akan bergembira apabila anda gagal mencapai sesuatu yang anda inginkan seperti anak anda gagal dalam peperiksaan, anda tidak berjaya mendapatkan tender, permohonan anak anda untuk masuk universiti ditolak, kegagalan dalam percintaan, putus tunang, kegagalan rumah tangga dan sebagainya. 

Sudah pasti anda perlu mengambil sedikit masa dan ruang untuk menghadapi kegagalan dan kekecewaan kerana bak kata pepatah seberat-berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Sungguh luar biasa jika setiap kekecewaan yang anda tempuhi, anda dapat mengatasinya dengan sekelip mata.

Apabila anda gagal, tanyalah diri anda sama ada anda mahu meneruskan kekecewaan atau melupakan kekecewaan. Jika anda menjawab mahu meneruskan kekecewaan bermakna anda akan menghadapi masalah yang lebih besar lagi dan akhirnya anda akan rugi bahkan anda merupakan orang yang tidak bersyukur, tidak sabar dan tidak tabah.

Akan tetapi jika anda menjawab mahu melupakan kekecewaan maka anda merupakan orang yang berfikiran positif dan sesungguhnya inilah yang dikehendaki oleh Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,

Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Baqarah [2]: 177). 

Jadikan kegagalan itu sebagai pengajaran yang berguna dan pendorong paling bererti untuk anda memulakan langkah baru yang lebih berkesan dan amalan yang lebih baik. Oleh itu, anda hendaklah melupakan kekecewaan demi kebaikan diri anda, keluarga, organisasi dan masyarakat.

11. KEPENTINGAN BAHASA INGGERIS

Sebagai orang Islam, bahasa Arab sangatlah penting untuk anda mempelajari dan menguasainya kerana ia merupakan bahasa al Quran. Membaca  al Quran disertai dengan memahami isi kadungannya menjadikan diri anda lebih mendekatkan diri anda kepada Allah. Orang-orang yang dekat dengan Allah lazimnya akan melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik. Selain daripada bahasa Arab, ada satu lagi bahasa yang sangat penting dan banyak faedah untuk anda pelajarinya iaitu bahasa Inggeris.   Antara faedah-faedahnya ialah:

Pertama, memudahkan berkomunikasi. Majoriti negara-negara di seluruh dunia mengakui bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling popular dan menjadi keutamaan apabila berkomunikasi.

Kedua, meningkatkan ilmu pengetahuan. Buku-buku yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris terlalu banyak. Anda boleh menimba ilmu dengan cara membaca buku-buku tersebut dengan seberapa banyak yang mungkin.

Ketiga, meluaskan pasaran. Sebarang penulisan atau buku yang dihasilkan dalam bahasa Inggeris dapat dipasarkan di seluruh dunia. Ini bukan sahaja dapat menyebarkan maklumat dan idea-idea anda kepada masyarakat antarabangsa tetapi juga dapat melipatgandakan hasil jualan dan keuntungan.

Keempat, melonjakkan industri pelancongan. Kebanyakan pelancong lebih berminat untuk melancong di negara yang masyarakatnya mampu berbahasa Inggeris. Cuba anda bayangkan jika seramai 5 juta pelancong yang melawat negara anda dan katakan secara puratanya setiap pelancong berbelanja RM2,000.00. Ini bermakna negara anda akan memperolehi pendapatan hasil daripada bidang pelancongan sebanyak RM10,000,000,000.00 (10 ribu juta atau 10 billion).

Kelima, mencari pekerjaan. Anda boleh memilih negara mana yang anda ingin bekerja apabila anda dapat menguasai bahasa Inggeris. Sudah pasti majikan lebih memberi keutamaan kepada pekerjanya yang boleh berbahasa Inggeris terutamanya mereka yang berurusan dengan orang ramai.

Justeru itu, anda hendaklah mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris tidak kira sama ada anda masih bersekolah, bekerja atau bersara. Namun demikian bahasa ibunda anda jangan pula dilupakan.

10. KESAN PERUBAHAN

Sudah menjadi lumrah manusia ingin membuat perubahan. Bahkan tidak ada apa yang kekal di alam ini kecuali Allah swt. Ada kala perubahan itu dilakukan oleh manusia dan ada kalanya ia berlaku atas keizinan atau kehendak Illahi. Tiada siapa mampu menahan perubahan yang berlaku atas kehendak Tuhan Yang Maha Esa. Anda tidak dapat mengetahui apakah tujuan sebenarnya Allah mengubahkan sesuatu itu dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui. Manakala perubahan yang dilakukan oleh anda biasanya mengandungi dua tujuan utama iaitu bertujuan positif atau negatif. Kita tidak perlu berbincang di sini tentang perubahan yang bertujuan negatif tetapi kita tumpukan kepada perubahan bertujuan positif. Secara umum, perubahan bertujuan positif adalah untuk meningkatkan kualiti dan kecemerlangan diri anda, keluarga anda, organisasi anda, masyarakat anda, agama anda atau negara anda. Biasanya terdapat tiga kesan utama yang akan berlaku sekiranya anda melakukan perubahan yang bertujuan positif iaitu:

Kesan pertama, anda akan dapat mencapai tujuan itu. Hasilnya bertambah baik di mana kualiti dan kecemerlangan tercapai.

Kesan kedua, anda tidak mencapai apa-apa. Hasilnya adalah sama sahaja di mana kualiti dan kecemerlangan tetap sama sahaja seperti sebelumnya.

Kesan ketiga, anda bukan sahaja tidak mencapai matlamat tetapi situasinya menjadi semakin teruk. Hasilnya yang diperolehi menurun di mana kualiti dan kecemerlangan menjadi semakin buruk dari sebelumnya.

Jadi, sebelum anda membuat sebarang perubahan anda hendaklah berhati-hati dan perlu diteliti dari segala aspek agar setiap perubahan yang anda lakukan itu akan memberi kesan yang boleh meningkatkan kualiti dan kecemerlangan.

Friday, September 23, 2016

9. LEBIH BAIK HADAPI

Masalah menjelma tidak kira masa dan tempat. Kadang sudah diduga dan kadang tidak diduga atau sukar diduga. Ada masalah kerana anda mencari dan ada masalah yang anda tidak mencari. Masalah kerana anda mencari tidaklah menjadi masalah sangat kerana anda sendiri yang mencari. Jadi setiap impak atau kesan yang berlaku haruslah ditanggung sendiri oleh anda. Misalnya, anda tahu bahawa mengambil makanan atau minuman manis secara berlebihan boleh menyebabkan kencing manis dan jika anda terus mengambilnya maka akhirnya anda didapati menghidapi kencing manis maka anda harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Anda tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri anda sendiri.

Satu lagi masalah ialah masalah berlaku bukan kerana anda mencari tetapi ia belaku tanpa diundang. Misalnya anda cukup menjaga kesihatan anda seperti bersenam dan diet termasuk mengawal pengambilan gula tetapi anda disahkan mengidap kencing manis. Anda pasti akan terperanjat dan bersedih serta tertekan dengan pengesahan itu. Apa yang harus anda lakukan seterusnya, adakah anda mahu lari daripada kenyataan atau hadapinya dengan cara yang terbaik. Jawabnya anda perlu hadapinya dengan penuh semangat, positif dan profesional.

Jangan tambahkan lagi masalah kerana perkara yang sudah berlaku tetap tidak boleh diubahkan lagi kecuali dengan kehendak Allah. Hadapi dan terus hadapi serta uruskan masalah itu dengan sebaik mungkin. Usah anda toleh lagi ke belakang, ayuh aturkan langkah baru ke depan agar masalah lama sudah menjadi debu-debu berterbangan ke udara dan lenyap di langit biru. Banyakkan zikrullah, solat-solat sunat, puasa, sedekah dan zakat, kerja-kerja amal kebajikan dan sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya. Insya Allah, jika anda dapat melakukannya, anda pasti akan menjadi orang yang berjaya dan bahagia.

8. MENGAWAL STRES

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (Al Fatihah Ayat 1). Kita semua merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah. Wujudnya kita kerana rahmatNya. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah swt pada setiap masa walau pun semasa kita senang atau susah. Salah satu cara yang berkesan kita memuji Allah ialah dengan bersyukur. Bersyukur  itu pula hendaklah melalui lidah dan perbuatan. Melalui lidah, kita sentiasalah menyebut Alhamdulillah tanpa mengira di mana kita berada. Melalui perbuatan pula, kita hendaklah melakukan sesuatu yang Allah suka. Antaranya seperti mengeluarkan zakat, menderma kepada fakir miskin, anak-anak yatim atau orang-orang yang susah. Ertinya jika kita diberi kesenangan oleh Allah maka kita anggaplah ia merupakan satu amanah yang perlu kita pikul dan amanah itu bukan hak kita yang mutlak tetapi hak orang lain juga. Biarlah kita melaksanakan sesuatu yang kita miliki akan turut dinikmati bersama oleh orang lain. Mereka juga berhak untuk mendapat kegembiraan walaupun sumber kegembiraan itu dipegang oleh orang lain. Bak kata Mat Salleh, win-win situation. Justeru itu sentiasalah kita memuji Allah sama ada dengan lidah mahu melalui perbuatan.




7. JIKA ANDA TERJATUH

Anda tidak boleh menjangka kehidupan anda sama ada manis atau pahit pada masa depan. Adakala anda berada di atas dan adakala anda berada di bawah. Apabila anda berada di atas, ingat-ingatlah orang lain yang berada di bawah. Andainya suatu hari, anda terjatuh atau berada di bawah maka anda hendaklah menilai diri anda terlebih dahulu sebelum anda menilai diri orang lain.

Cuba lihat masa yang lalu atau mahasabah diri sendiri. Mungkin anda pernah melakukan perkara yang tidak baik. Jika jawapannya ya, anda hendaklah menganggap bahawa kejatuhan itu merupakan satu musibah atau balasan kepada anda akibat perbuatan anda yang lepas. Apa yang harus anda lakukan ialah anda hendaklah bertaubat dan tidak lagi mengulangi perkara yang tidak baik.

Akan tetapi andainya setelah anda menoleh ke belakang dan anda tidak pun melakukan perkara yang tak baik maka anda hendaklah menganggap bahawa kejatuhan anda itu merupakan ujian daripada Allah dan pasti ada hikmahnya. Apa yang harus anda lakukan ialah bersabar dan terus bersabar kerana berkat dengan kesabaran itu mungkin Allah akan memberi kerahmatan dan rezeki yang lebih baik daripada apa yang anda perolehi sebelumnya.

Di sini apa yang perlu diingatkan ialah jangan sekali menyalahkan orang lain seperti kawan-kawan, keluarga, ketua atau masyarakat. Baikilah diri sendiri dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Anggaplah setiap orang pasti akan menempuh ujian dan ia memerlukan kesabaran dan ketabahan.

6. PENGALAMAN MENANGANI STRES

Anda harus bersedia dengan pelbagai masalah yang pasti akan menimpa anda. Cuma bezanya dari segi berat ringan sahaja. Mungkin anda mampu untuk mengawal masalah yang ringan tetapi tidak mampu untuk mengawal masalah yang besar sehingga anda menjadi tertekan atau stress. Jika masalah stress berlaku pada anda, saya sarankan kepada anda supaya anda mengatasinya dengan melakukan beberapa langkah termasuk mendaki gunung dengan syarat anda merupakan seorang yang biasa dengan mendaki gunung. Saya sarankan aktiviti itu berdasarkan pengalaman yang pernah saya tempohi. Pada 1 Mac 2011, saya menghadapi masalah peribadi.

Saya menerima hakikat itu kerana ia bukan rezeki saya dan saya masih ingat kata-kata ustaz semasa di sekolah rendah bahawa rezeki, jodoh pertemuan dan ajal adalah di tangan Tuhan Yang Maha Esa. Jadi saya menerimanya dengan redha dan berkata belum rezeki saya lagi dan perkara itu berlaku pasti ada hikmahnya. Saya memujuk hati dengan berkata, saya hendaklah bersabar dan tabah menghadapinya.

Langkah pertama saya lakukan ialah saya menerimanya dengan redha dan senyum serta saya berkata ini adalah ujian untuk diri saya. Ia memerlukan saya bersabar dan tabah menghadapinya.

Langkah kedua ialah saya berkata pada diri saya bahawa apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin ada kebaikannya untuk diri saya kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Langkah ketiga ialah saya berjumpa doktor. Setelah saya diperiksa maka saya disahkan mengalami tekanan dan stress di mana tekanan darah saya tinggi, Doktor menasihatkan saya supaya berehat dan mengawal tekanan dan stress supaya tekanan darah saya menurun. Saya dinasihatkan mencari jalan mengatasinya dengan segera.

Langkah keempat ialah saya memohon dengan ibu, isteri dan anak-anak saya agar mendoakan saya sehat dan selamat. Juga agar anak-anak saya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan yang bahagia hingga ke anak cucu.

Langkah kelima ialah saya dan isteri dan anak-anak saya melakukan solat hajat agar saya tidak stress dan sehat. Ibu saya juga telah memaklumkan kepada isteri saya bahawa ia bersolat hajat di Masjid Muhammadi Kota Bharu untuk kesejahteraan saya. Ibu saya  meminta supaya saya jangan berduka dan hendaklah sabar dan tabahkan hati.

Langkah keenam ialah dengan mendaki Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Saya mengambil cuti selama dua hari iaitu hari Khamis dan Jumaat (3-4 Mac 2011). Saya mendaki selama tiga hari berturut-turut iaitu 3-5 Mac 2011 (Khamis hingga Sabtu). Saya mendaki 2 kali sehari menjadikan 6 kali kesemuanya dalam masa 3 hari dengan ditemani oleh beberapa orang staf dari Penjara Seremban dan IPPM. Wah penatnya tetapi syukur alhamdulillah akhirnya saya berjaya mengawal stresss. Saya memeriksa tekanan darah dan ianya normal seperti sebelum berlakunya masalah atau stress.

Itulah catatan pengalaman yang pernah saya lalui. Saya percaya jika stress berlaku pada anda, langkah-langkah itu mungkin berguna untuk anda. 







Wednesday, September 21, 2016

5. HIDUP BAGAIKAN PERMAINAN

Hidup ini penuh dengan ujian. Ujian itu bermula sejak anda kecil lagi sehinggalah anda melangkah ke alam kanak-kanak; remaja; dewasa dan sehinggalah anda tua. Anggaplah ujian itu sebagai permainan hidup kerana dalam sesuatu permainan pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Tanpa permainan, hidup anda menjadi sunyi. Sudah menjadi adat permainan, yang menang akan gembira dan yang kalah akan kecewa. Ingat, dalam apa jua permainan, anda tidak akan menang selama-lamanya dan anda tidak akan kalah selama-lamanya. Bagi memastikan anda tidak kecewa dalam kehidupan, jadikan diri anda sentiasa gembira walaupun anda kalah. Aturkan strategi yang lebih baik. Banyakkan latihan, tambahkan ilmu pengetahuan dengan cara membaca dan mendengar ceramah, berbincang dengan bijak pandai dan orang yang banyak pengalaman. Peganglah pada prinsip hidup yang sering diperkatakan oleh para cendikiawan iaitu anda jangan berputus asa dalam mengejar kejayaan, kesenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

4. PEMIMPIN YANG DISEGANI

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani. Mungkin kerana nasib anda baik anda dilantik menjadi pemimpin. Mungkin juga kerana strategi anda berkesan seperti dengan cara baik atau tidak baik akhirnya anda berjaya menjadi pemimpin. Biasanya jika cara anda baik dan jujur anda pasti akan menjadi pemimpin yang berjaya tetapi jika cara anda tidak baik atau tidak jujur sudah pasti akhirnya anda akan menjadi pemimpin yang tidak berjaya dan dibenci oleh orang lain. Untuk menjadi seorang pemimpin tidaklah begitu sukar jika dibandingkan dengan peranan anda untuk melaksanakan kepemimpinan. Pemimpin bertanggungjawab menjalankan amanah dengan sebaik mungkin. Pemimpin yang berjaya mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

Pertama, berilmu. Tanpa ilmu anda akan mudah dipengaruhi oleh orang lain. Anda tidak dapat menjadi orang yang berpandangan jauh. Keputusan dan tindakan anda sering dipertikaikan oleh banyak pihak. Anda juga tidak sedar bahawa perbuatan anda itu tidak betul kerana ceteknya ilmu yang anda miliki. Anda mudah dipergunakan oleh orang lain.

Kedua, rasional. Jika anda bertindak rasional pasti kepimpinan anda akan diterima oleh orang lain dengan hati yang lapang. Sebaliknya jika keputusan dan tindakan anda berlandaskan emosi dan tidak rasional pasti anda akan dianggap sebagai pemimpin yang tidak rasional dan dikuasai oleh emosi. Pemimpin yang beremosi akan dianggap oleh orang lain sebagai pemimpin yang zalim, tidak adil, tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut.

Ketiga, tidak dendam. Pemimpin yang berdendam biasanya tidak sedar atau tidak mengaku yang ia berdendam. Janganlah anda menjadi pendendam kepada anak buah anda. Jika ia lemah, bimbinglah ia, jika ia silap, berikan teguran kepadanya dan jika ia salah buatlah pembetulan. Anda harus melupakan persengketaan atau persaingan yang lampau dengan bermaaf-maafan.

Keempat, memahami perasaan anak buah. Sebelum anda membuat sesuatu tindakan terhadap anak buah anda harus memahami terlebih dahulu perasaan dan maruah mereka. Apakah dengan tindakan anda itu boleh melukakan perasaan atau memalu atau mengaib atau menjatuhkan maruah seseorang atau tidak. Jika jawapannya ya, bererti anda harus berfikir banyak kali atau cuba letakkan diri anda ke dalam dirinya sebelum anda membuat keputusan atau bertindak.

Kelima, ingat pada hukum Allah. Setiap apa yang anda lakukan pasti akan memberi kesan kepada anda. Jika anda melakukan perkara yang baik atau tidak baik walau sekecil mana pun pasti anda akan mendapat balasan darpada Yang Maha Pencipta. Anda tidak boleh terlepas daripadaNya. Mungkin hari ini disebabkan oleh tindakan yang anda lakukan menyebabkan seseorang itu menjadi malu tetapi mungkin suatu hari nanti anda pula akan mengalami nasib yang sama.

Justeru itu, anda hendaklah sentiasa berbuat baik kepada semua orang seperti keluarga, anak buah dan masyarakat seperti kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

3. JIKA ANDA DIANIAYAI

Setiap orang pasti akan menghadapi ujian dalam hidupnya. Ujian berlaku tidak mengenal siapa termasuk anda. Terdapat pelbagai bentuk ujian yang anda hadapi. Antaranya ialah anda tidak dinaikkan pangkat atau staf yang junior memotong anda atau anda diturunkan jawatan tanpa sebab yang rasional. Anda tentu puas berfikir apa salah anda diperlakukan demikian, namun masih juga tiada jawapan yang mantap melainkan alasan yang remeh-temeh sahaja yang diceritakan kepada staf yang lain termasuk kepada anda sendiri. Wah, jika ini berlaku pada anda sudah tentu perkara ini merupakan ujian yang sangat besar kepada anda kerana ia melibatkan maruah dan aib yang amat besar. Justeru itu anda jangan risau kerana setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah:

Pertama, anda hendaklah menerima bahawa ia adalah kenyataan dan bukannya mimpi lagi.

Kedua, anda harus tenang dan tarik nafas dengan penuh senyuman sebanyak 10 kali.

Ketiga, anda hendaklah bersabar dan tabah serta yakin bahawa ia pasti ada hikmah di sebalik ujian itu.

Keempat, anda hendaklah berdoa dan bersolat memohon ketenangan dan minta kebahagiaan untuk diri anda dan keluarga supaya dimurahkan rezeki, panjang umur, kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyakkan berzikir kepada Allah.

Kelima, doakan kepada orang yang menzalimi atau menganiayai anda agar ia menerima balasan yang setimpal dengan apa yang ia lakukan terhadap anda. Ertinya anda serahkan sahaja kepada Allah untuk menentukannya sama ada ia akan dibuka pintu hatinya atau sebagainya.

Keenam, berfikiran positif.

Ketujuh, merujuk perkara ini kepada orang yang boleh memberi pandangan yang baik kepada anda seperti orang alim, kaunselor atau ilmuan supaya anda tidak melakukan petkara yang boleh merugikan anda.

Kelapan, banyakkan bersenam seperti berjalan kaki, joging, berenang atau naik gunung.

Jika anda mengamalkan langkah ini mudah-mudahan anda akan mendapat ketenangan dan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang hanya sementara ini.


Monday, September 19, 2016

2. MENANGANI DIRI YANG DIANIAYAI

Setiap orang pasti akan menghadapi ujian dalam hidupnya. Ujian berlaku tidak mengenal siapa termasuk anda. Terdapat pelbagai bentuk ujian yang anda hadapi. Antaranya ialah anda tidak dinaikkan pangkat atau staf yang junior memotong anda atau anda diturunkan jawatan tanpa sebab yang rasional. Anda tentu puas berfikir apa salah anda diperlakukan demikian, namun masih juga tiada jawapan yang mantap melainkan alasan yang remeh-temeh sahaja yang diceritakan kepada staf yang lain termasuk kepada anda sendiri. Wah, jika ini berlaku pada anda sudah tentu perkara ini merupakan ujian yang sangat besar kepada anda kerana ia melibatkan maruah dan aib yang amat besar. Justeru itu anda jangan risau kerana setiap ujian pasti ada jalan penyelesaiannya. Antaranya ialah:

Pertama, anda hendaklah menerima bahawa ia adalah kenyataan dan bukannya mimpi lagi.

Kedua, anda harus tenang dan tarik nafas dengan penuh senyuman sebanyak 10 kali.

Ketiga, anda hendaklah bersabar dan tabah serta yakin bahawa ia pasti ada hikmah di sebalik ujian itu.

Keempat, anda hendaklah berdoa dan bersolat memohon ketenangan dan minta kebahagiaan untuk diri anda dan keluarga supaya dimurahkan rezeki, panjang umur, kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyakkan berzikir kepada Allah.

Kelima, doakan kepada orang yang menzalimi atau menganiayai anda agar ia menerima balasan yang setimpal dengan apa yang ia lakukan terhadap anda. Ertinya anda serahkan sahaja kepada Allah untuk menentukannya sama ada ia akan dibuka pintu hatinya atau sebagainya.

Keenam, berfikiran positif.

Ketujuh, merujuk perkara ini kepada orang yang boleh memberi pandangan yang baik kepada anda seperti orang alim, kaunselor atau ilmuan supaya anda tidak melakukan petkara yang boleh merugikan anda.

Kelapan, banyakkan bersenam seperti berjalan kaki, joging, berenang atau naik gunung.

Jika anda mengamalkan langkah ini mudah-mudahan anda akan mendapat ketenangan dan berjaya dalam mengharungi kehidupan yang hanya sementara ini.

1. MAHU BERUBAH ATAU TIDAK

Untuk menjadi lebih baik atau maju kita perlu berubah sikap iaitu daripada kurang baik kepada lebih baik lagi. Sikap seperti malas, bertangguh, banyak alasan, mengeluh, merungut, dengki, khianat, mungkir janji, tidak menepati masa dan sebagainya hendaklah dihapuskan dan diubah menjadi di sebaliknya seperti rajin, banyak membantu insan lain, pemurah, baik sangka, menepati masa dan sebagainya. 

Jika anda memilih untuk tidak mahu berubah bererti anda pasti tidak akan berubah sampai bila-bila. Akan tetapi jika anda memilih untuk berubah maka anda pasti akan berubah tetapi dengan syarat anda tidak boleh menunggu atau menangguhkannya. Anda hendakah segera melakukannya dan jangan sekali menunggu sehingga esok, minggu depan atau bulan depan.